Friday, May 25, 2012

One step closer.

Alhamdulillah

Alhamdulillah result aku untuk trimester lepas. Cukup-cukup makan je. Takde perasaan untuk aku rasa kecewa, sedih mahupun gembira like hell. Sebab aku rasa lega gila dah habiskan foundation program yang susahnya tak payah nak cakap lah. Ya Allah. Especially subject Calculus, siapa yang dah pernah seat for the paper je tahu betapa hebatnya nak mengharungi saat-saat bersama Calculus. Fuh..

Congrats untuk semua yang berjaya mengorak langkah seterusnya kea lam Degree, congrats untuk semua yang dapat grade yang dia nak for that particular subject (especially Calculus, Physics and Chemistry) and  congrats untuk semua yang dapat result yang gempak-gempak tu. Wa tabik! wa tabik! Hebat…

So kat sini, aku nak wish thank you untuk semua pihak yang membantu saya mengharungi perjalanan trimester 3 11/12 lepas. Thanks mama sebab tak pernah putus doa and wish kat Ika selama ika belajar kat uniten tu.. Mama sentiasa memberi dorongan kepada ika tanpa jemu walaupun anakmu ini sentiasa membawa berita yang menyakitkan hati kekadang tu hahaha. Harap maklumlah, stress tak terkata. And to my rock siblings, thank you for your great awesome crazy support. I really appreciate it, thanks to Kak wanie and Ajim. I love you all to the infinity! :*

A big big big thanks to my super awesome lecturers, sorry kekadang tu anak murid ni macam tak pernah nak focus dalam class and selalu gila gila gila gila 300x datang kelas lambat. But you guys still made me smile all the time lah. Terima kasih jugak kat classmates and kengkawan yang banyak bantu aku especially on studies. Yang teman aku semalaman tak tidur, yang teman aku berdrama, yang teman aku bergelak tawa. Hahaha miss those days.. (Hug and kisses to Syaida, Sofee, Mira, Aby, Putri, Liyana, Mas, Syafa, Ezrin and Syafinaz xx) And thanks untuk sesiapa yang wish “Good Luck” masa final haritu thru twitter, thanks thanks thanks J

And lastly ofcoz to my lovely awesome barista, Fizry yang sentiasa memberi saya sokongan, motivasi, ceramah, membebel semua tu kan? Hahaha. Thanks sebab u selalu teman I belajar and faham I sangat-sangat.  Thank you sayang.  I love you so much, really really really love you :*

Alhamdulillah.. Minggu depan bakal memulakan perjalanan baru ke alam Degree, wish me luck everyone! All the best uniten-ians. Till we meet again.

Wednesday, May 23, 2012

One moment

For that one moment,
You should not think about all the shit in your life
Live your life if you really want to.

For that one moment,
You can only think about this person,
Who always make you smile with no reasons.
Who says they care about you more than anything.

For that one moment,
You just take a deep breath and hold it in you,
Try to take in everything you feel,
While you hugging someone who you really love.

Cherish your life, and just give your heart a break.

Tak reti bezakan KPOP

Me : Hey where have you been? I whatsapp tak reply pun kenapa?

Him : I tgh tengok runningman ni. Kelakar gila ok, u kena tengok u. Serious..

Me : (Muka Terkejut) Kenapa semua orang suka cerita tu huh?

Him : Sebab dia lawak, kelakar gila. Pergi la tengok kat youtube. Kalau malas, nanti I bawak lappy bagi u tengok terus la.

Me : Sorry I tak suka KPOP sangat lah, takya susah2 la.

Him : KPOP? Apa u ni? Asal korea je KPOP la? Hahaha. Poyo gila

Me : Okay I tak tahu la macam nak bezakan dia, but korea jugak kan?

Him : Hahaha u make me laugh so hard now. Btw u tengok lah video Big Bang - Bad Boy. Dalam video diorang, rambut biru tu macam rambut I sekarang. You confirm suka punya. 

Me : Ye ye ye ye.

The next day, he paksa me tengok cerita tu, dengan lappy2nya sekali di starbucks. Segan gila siot. Dia sorang je sebenarnya yang gelak. Hahaha. Okay. Dan hari-hari make sure aku dengar lagu Bad Boy dia tu, macam woooots? Hahaha annoying sumpah annoying

Monday, May 7, 2012

I want this backpack.


SO NICEEEEE!!!!!

:"""""(((((

One day, I will own you baby. Yes I will.. :)

Saturday, May 5, 2012

Final exam.

Hari Isnin sampai Khamis ni ehem ehem, saya bakal menduduki final exam 3rd trimester, maknanya tak lama lagi saya akan mengakhiri perjalanan program foundation yang penuh dengan cabaran, onak duri semua la aku cakap. Haha itupun kalau tak sangkut mana-mana subject la, cuak tu tak payah cerita. 10 May ye saya habis paper, alamak bestnya. Hahaha.

So, sekarang ni pun baru nak study, struggle for chemistry and physics, sebab 2 paper dalam satu hari. Tak menggila kau nanti? Mati weh, so prepare sikit2 dulu la, at least tahu something daripada tak tahu apa-apa kan? 

Good luck and all the best to foundie students especially engineering students. Semoga kita semua berjaya dalam peperiksaan yang bakal tiba ini. Amin. 

"Ada semangat, ada masa depan.."
"Hadapi dengan senyuman" - Dewa #nowplaying

Tuesday, May 1, 2012

MFI turns 22 today!

Happy 22nd birthday to you dear.

I went to Damansara last night just to give him these one box. Banyak betul kereta malam tadi, so I decided to drive around 60-80km/h only. Hahahaha. Mengantuk okay bila drive sorang-sorang. At first I dah plan dengan partner dia kat store tu, but I tak dapat menepati masa. Sampai-sampai je semua kedai macam dah tutup. TOO BAD! It's around 10.45 liddat. So I called him..

"Where are you?"

"I kat Kota Damansara ni, on my way home. Why?"

"Seriously? I want you to be here asap."

"You there? Okay, just hold on. Gimme some minutes. I'll be there."

"Okay!"

I macam orang takde hala tuju, tunggulah dia sampai dia datang. Then 15 minutes like that, I saw him right infront of his store. Standing there alone, waiting for me. I macam nak buat surprise, nak buat macam game la. I called him, but tak dapat. Call lagi, tak dapat lagi. Dalam kepala otak macam, "Janganlah tak jadi prank ni!" Sumpah tanak epic fail, sumpah tak nak. Sampai macamtu sekali okay. Hahaha. Then dia sempat charge phone kat store dia, macam gila desperate. So I called him again.

"Hey where are you?"

"Hey I'm here. Where are you? I tak nampak u pun kat sini" (suara macam baru 4km lari)

"Hahaha. Okay, cool down.. Tarik nafas.."

"You know what I patah balik okay sebab nak jumpa you. But you're not here.."

"I know. Just pergi kat belakang A&W tu, ada something for you."

"Hey what was it? You jangan main2"

"Tengok jela okay. It's for you"

Haaaa, time tu I nampak la muka dia macam syok gila habis. Very speechless, and then I datang kat dia. Hahaha gelak-gelakkan dia sebab dia nampak macam gila rushing. Hahaha.

"I'm sorry sebab buat you rushing sampai macam ni sekali.."

"You...."

Haha drama sinetron episode 562 pun bermula. He cried. And aku pun menangis sekali, haha. Okay bye. So HAPPY BIRTHDAY TO YOU SAYANG :D I love you so much, until the end of time orite? :)

So dalam box tu ada ni semua :) :) :)

Top view.
Thanks Syaida sebab beli kotak ni, walaupun ia hanya mengambil satu hari
buat semua ni but semuanya berjalan dengan lancar. Thank you babe ;)

Happy 22nd birthday Fizry! One year older HOHOHO!

Monday, April 23, 2012

Panas

Oh well, I am still here.

Tak boleh tidur sebab bilik ni kedap, panas macam haram. Sumpah tak sanggup nak tidur panas2 macamni. Buat peluh banyak keluar je nanti, dengan nyamuk tak bole lagi belambak kat sini kan? Padahal esok ada kelas pukul 9 ni. Tutorial Chemistry. Shit, I hate it.

Okay la, I try to close my eyes first la, tengok macam mana. Kalau tak bole jugak, aku blog ye apa perasaannya tak dapat tidur akibat kepanasan yang melampau-lampau ni. Hahahaha.

Goodnight.

Your big day is just around the corner, wait for the surprise! :)

Thursday, April 19, 2012

Chicken Bone Story

Here's the story of the chicken bone. Hahahaha. Bagi aku gelak dulu sebagai intro.

Sem ni subject English banyak bercakap, kena buat presentation, speech sorang-sorang, promote and convince orang beli product kita la apa semua. So group aku is the first group yang buat presentation.. It went smoothly and I just love how "spontan" we were at that time. To coki (one of my group members).. Semoga cepat sembuh dan sentiasa sihat.

Ada la satu group ni special sangat buat presentation paling lambat. Satu hari tu focus kat presentation dorang je which is so annoying. Haha tapi nasib baik la topic diorang best sebab pasal kereta sports yang menjadikan kegilaan orang. Escpecially like me. Berangan nak mampos drive kereta Jaguar.

Dan malangnya, masa presentation tu, one of their group members punya suara sangatlah unik dan sukar dicari di mana-mana hehehe, seakan-akan tertelan tulang ayam bak kata Aby. Masa tu aku tak dapat menahan gelak, tetapi masih terkawal.. Tapi semua budak perempuan bole bantai gelak macam sial bila dengar suara budak tu. Kira macam obvious nak mati kitorang gelakkan dia.

Then Rabu lepas, kitorang kena convince orang beli product company kitorang kononnya.. Dengan spontan ye. Hahaha. Apa entah aku merepek masa tu. Bila turn group budak suara unik tu, aku mencuba sedaya upaya supaya tidak mentertawakannya di khalayak ramai. Mencuba, mencuba dan terus mencuba. Tapi apakan daya bila dia start mengeluarkan suaranya...... &*^$%#!

Aku hanya mampu.........

Eh tidak mampu lagi......................menahan gelak, seriously.

Kelas yang sedang serious ketika itu menjadi heboh bila aku dan syaida tidak dapat menahan gelak. Gelak besar wa cakap lu..!

Dan kami terus gelakkan dia dengan hebatnya seperti kami sedang berseronok menonton MahaRajaLawak, Puppet Show mahupun Mr Bean di hadapan kelas itu. Muka kami sangat seronok, merah dan ceria macam baru dapat projek berjuta-juta billion... Okay yang lawaknya, lecturer gelakkan sekali pada ketika itu. Mungkin dia rasa suaranya unik juga, mungkin?!?! Hahahahahaha!!!!

The Chicken Bone story is so legend!

Monday, April 16, 2012

I miss school

Aku rindu...

Suasana di sekolah, kelas, lab, asrama, dorm, dewan, padang sekolah, surau, dining dan macam-macam lagi. Yang aku paling rindu, tempat duduk dalam kelas aku yang sangat strategik. Hahaha, tengah2 dan belakang sekali. Memang terbaik...

Banyak memori sekolah yang susah untuk aku lupakan, especially moment dalam kelas dan dorm. Hahaha. Macam apa je perangai dulu.. Kadang-kadang ada yang pahit, kadang-kadang ada yang manis, begitu juga dengan kehidupanku sekarang ini. So, just appreciate apa yang kita ada sekarang ni and just go with the flow..

Bak kata Azrie aka Lalat, 

"Aku rindu gila tgk kau dtg skola kol 6.30 pg. Rindu sangat"

Hahaha masa tu aku kena gantung asrama. So, mak aku hantar time dia nak pi keje sekali la, sebab tu awal gila. Dan time tu jugak, Lalat ni kena gantung asrama. Kira sama nasib lah, dari situ kami mula berkawan... Dan menjadi antara sahabat tergila saya sampai sekarang. I miss you bro!

Aku rindu semuanya. Good night!