Friday, October 31, 2008

cerita zaman kecik aku.

Aku duduk rumah sorang2. makanan semua takde. pergh susah beb jadi bujang! semua kena buat sendiri je. tapi i don't give a damn about that. so sekarang aku nak cite skit la sejarah aku dari kecik sampailah skang. aku ni macam mane sebenarnya ya? mungkin ada member2 aku yang dah kenal aku tapi belum betul-betul kenal lagi tuuu. hehe.

1) Aku dilahirkan di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 9 Mac 1993 (aku suka tarikh lahir aku. smart gila) pada pukul 12.35 tengahari. aku merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik bagi pasangan Hassan dan Rokiah. aku sayang family aku sangat2. tapi sekarang tinggal 4 orang je. ayahku telah pun menghembuskan nafas terakhir pada 6 Februari 2007. hmm memang sedih apabila menerima dugaan sehebat ini. Allah SWT amat berkuasa.

2) Zaman kecik aku penuh dengan kegembiraan. aku ingat lagi setiap petang bila ayah aku balik daripada tempat keje dia, dia mesti bawak aku ngan adik aku gi taman permainan yang dekat ngan rumah aku ni haa. siap bawak basikal dalam kete lagi tu! haih dulu aku mmg suka gila ar main basikal. bila dah besar skit, barulah aku join club menaiki basikal secara beramai-ramai dengan budak-budak area rumah aku ni. dulu zaman scooter gak, tapi aku tak berapa minat sgt naik scooter so i prefer basikal la. eh tapi bila tgk little manhattan tu bawak scooter cam best plak. haha. comel je.

3) Zaman tadika pulak. aku masuk tadika 4 tahun siot. tak caya aku. tapi tak pandai2 pun. haha. dulu aku tadika kat twinkle star selama 2 tahun je. lepas tu gi tadika agama plak (ecehceh). time tadika en, aku ada suka sorang budak ni nama dia azry. boleh dikatakan first love la gak ni kan? hehe. bila tengok dia, mesti aku tersengeh sorang-sorang. kecik-kecik dah pandai suka2 orang. apa daa. tapi skang, syukurlah aku dah jumpa dia balik. rumah dekat rupanya. aku tau dia tak kan kenal aku punya. HALAMAK!

4) Lepas tadika, aku terus g tadika agama. kat sane takde byk cite la sebab setahun je. aku pun dah tak ingat apa-apa yg berlaku kat sana. ok aku terus cite time sekola agame la ye? haa aku paling suka sekali sekola agama ah sebab byk gila kenangan pahit dan manis telah aku harungi bersama 2 teman karibku iaitu Aqilah dan Aliya. aku kawan ngan dorg sejak 7 tahun lagi. Ada satu hari tu la, aku datang lambat. lepastu ustaz cam tanya aku banyak soklan. aku cam pape jela en. aku terus duduk kat tempat aku then terus cakap dengan hebatnya bersama Aqilah padahal ustaz tengah ajar tauhid tak silap aku. ustaz dah bengang ngan aku pada tahap yang maksima do. dia terus balik pemadam papan hitam ke arah aku. pergh nasib baik aku dapat elakkan. aku buat skill macam matrix tu weh. gila tak? kalau aku tak dapat elak, menangis gak kat situ. so aku ni agak nakal la dulu tapi skang dah baik.

5) Dulu aku 3 tahun je sekolah kat convent peel. dari darjah 1 smpi darjah 3. one thing la aku suka pasal sekola ni sebab dia mcm bangunan lama pastu banyak tempat shortcut and banyak benda aku boleh explore. part yang aku paling ingat bila sekolah sini time hujanlah. ko tau ar sekolah convent pintu dia papan yang kena tutup sendiri (D.I.Y), bila hujan memang bunyi pintu jela boleh dengar. bunyi hujan pun boleh dengar dengan clear punya beb. semua budak mesti jerit2 and nangis sebab terkejut dengan bunyi petir ataupun bunyi pintu yang kuat. hahahaha, best.

sebenarnya banyak lagi aku nak cite. baru sampai sekolah rendah tu. hadeh. tapi cukuplah sampai di sini saja. aku dah penat type ni. dah ah lapar. pergh. bye.

No comments: