Monday, November 3, 2008

1 kaset lagu RM 1 je? biaq betul!

Ada satu hari tu, aku pergi giant kinrara (besar gila beb giant ni!) sebab mak aku nak beli barang2 dapur. so aku malas nak ikut beli barang-barang tu.

Aku pun masuklah satu kedai dvd ni. Speedy agaknya. Aku kalau pergi shopping complex mana-mana pun, kena masuk kedai dvd. kalau tak masuk, rasa mcm ganjil gila! PELIK. walaupun aku tak beli apa pun, aku kena masuk gak kedai dvd tu.

Iyalah saje je nak tgk cite ape yang dah ada dvd ke, cerita lama ke. Haa! sekarang aku tgh cari dvd Stay Alive. best sial cite ni tapi susah pulak nak cari cdnya. haiyaaaa! harap2 ada lagilah. insyaAllah.

Pastu tetiba aku terjumpa satu part ni dia jual kaset lama yang hanya berharga RM 1 untuk 1 kaset. aku cam WTF? baik kau bagi free je kat orang. aku pun teruslah membelek-belek apa kaset yang dijual dengan harga seringgit itu! dasyat kan? ok not badlah.

Ada album Incubus, Offspring, Smashing Pumpkins je aku rasa best. yang lain tak best. Hehehehe

Tapi malangnya aku tak beli. Sebab first, radio dalam bilik aku rosak. Second, kalau aku nak pasang kat dalam kereta, siapa yang akan suka? jangan haraplah! Cd rock kapak yang aku burn haritu pun tak mendapat sambutan yang hangat sbb adik dan kakak aku tak layan. sengal.

Bila dorang takde dalam kereta, pergh hidup aku F-R-E-E-D-O-M. aku boleh dengar and layan cd rock kapak tu hari-hari. Mama pun layan. Duuuhh~

Dasyat kan 1 kaset RM 1 je? pergh baik bagi free jela. takya susah2 nak jual. bagi free lagi senang hidup. ye tak? apa daaaa

No comments: