Wednesday, November 19, 2008

Sejarah Myspace Aku.

Aku dapat nawaitu nak post pasal myspace ni sebab hari tu aku baru je chatting ngan member2 aku kat msn. kitorang duk cite mcm mana bermulanya join myspace, page kitorang awal-awal remaja macam mana, email kitorang macam mana, budak-budak myspace macam mana dan semuanya lah. tergelak beruk aku bila ingat balik zaman kegemilangan myspace aku 3,4 tahun lepas.

Korang semua mesti ingat lagi kan macam mana rupa page korang mula-mula buat myspace tu. tipu la kalau dah lupa! :-p

1) Sejarah penglibatan diri menjadi ahli Myspace

Myspace ni dulu takdela hot mane mcm zaman sekarang ni. aku tengok budak darjah 3 pun dah ada myspace sekarang ni. gila dasyat tu! tapi taleh nak salahkan sesape sbb skang mana-mana ada laptop, ada internet, ada broadband. dunia teknologi la katakan? aku ingat lagi aku buat myspace ni masa 12 tahun. kawan lama aku, Nuril yang intro aku kat myspace. aku buat friendster dulu (mmg sakan ar dgn friendster) pastu baru buat myspace. dulu aku maki-maki myspace sbb aku rasa dia complicated. susah nak hantar comment la apa la. 2,3 bulan lepas tu, aku biasakan diri aku dengan online myspace dengan lebam.


2) Email yang amat memalukan

Untuk pengetahuan korang semua, email myspace aku mmg terlalu "girly" dan membanggakan sekolah aku. kekadang tu rasa mcm nak cakar je muka aku yang comel ni sbb buat email sebegini rupa. haduh memang mencatat sejarah la aku ni. nak tahu apa email aku? ok untuk bloggers, aku sanggup menghaibkan diri aku sendiri dengan memberitahu email aku ni. Hehehehe. Hmm email aku ialah girlsrulez_sburox@hotmail.com mesti korang tergelak kan tengok email aku ni? hahahaha. takpe aku tak kisah sebab aku pun tengah gelak sakan type email aku ni. Aku heran nape perlu "sburox" weh? sobsob. setahu aku, aku buat email aku ni masa 11 tahun. yela masa tu aku baru nak masuk alam remaja. sifat kebudak-budakan tu masih ada dalam diri. bila aku tanya email member2 aku, dorang pun lebih kurang same je. tapi aku punya lah paling terhebat!

3) Rupa profile page

Dulu page aku memang girlylah aku cakap kat korang semua. Dulu web layouts yang aku selalu pergi mcm whateverlife.com, createblog.com. Aku slalu pilih layout macam bunga ke, love ke. lagi satu, kalau takde glitter memang tak sah. kat page aku dulu pun selalu buat benda yang macam gerak-gerak tu, senang cite animated la. tulis "welcome to my page". aku ingat lagi sial! sekarang page mau simple je. takde mood nak cantikkan page aku sbb dah bosan la. errr

4) Budak-budak myspace

Masa first time aku buat myspace, kengkawan yang add aku sume stok2 emo je. masa tu memang zaman emo-gothic. memang gila la kan, page dorang semua merah hitam je. cara dress-up pun kekadang boleh buat aku gerun gak tengok and lastly fav band dorang mesti my chemical romance. ceehh aku pun layan mcr dulu. second album dorang memang gempaklah, yg album black parade ni tak brape best lah sbb tak heavy mcm dulu. pergh aku layan gila-gila babi do lagu from their second album tu mcm helena, it's not ok, jetset life gonna kill you. aku tengok skang budak2 emo dah berkurangan. nape eh? kena boikot ar tu! asal tak boikot rempit sekali? baru best.

Itu jela aku nak cerita zaman kegemilangan myspace aku dulu. Post ni takde kena mengena dengan sesiapa so jangan terasa apa yang aku cakapkan ni ye. anggap ini hanya sebuah blog. aku just nak berceritakan sejarah myspace aku pada kamu, kamu dan kamu semua. apa aku boleh cakap, Myspace memang tempat yang best untuk mencari member baru, mencari kengkawan lame yang dah lame tak jumpa, tengok artwork mereka yang superb, mengenali band-band baru yang best (aku kenal the kooks thru myspace) dan macam-macam lagi.

Oleh itu, hargailah MYSPACE anda. terima kasih kepada Tom, yang sememangnya amat kreatif untuk merekakan laman web sebegini. jangan salah gunakan myspace anda sudahlah ye! wasalam!

No comments: