Thursday, January 15, 2009

kisah di sekolah

KISAH PERTAMA

Hari selasa lepas, subjek last aku ialah SIVIK which is subjek yang tak perlu diajar sebenarnya. kalau takde sivik mesti aku boleh balik awal. haih skang bila dah jadi pelajar form 4 asik balik pukul 2.30 petang je!

so masa sivik tu cikgu tanyalah something yang berbunyi begini

"siapa dalam kelas ni yang rasa peristiwa semalam lebih penting, angkat tangan"

aku pun angkat tangan dengan bangganya. ingatkan ada la budak2 same pendapat ngan aku kan? rupanya aku sorang je yang angkat tangan. yang lain semua berpendapat peristiwa hari ini lebih penting.

pergh memang aku malu la masa tu. malu gila weh.

aku rasa peristiwa semalam lebih penting sebab kita dapat tau apa kelemahan dan kekuatan diri kita ni. nobody's perfect! kira peristiwa semalam kita dapat pengalaman la kan? tapi entahlah. korang rasa macam mana plak?

KISAH KEDUA

Tadi ada meeting untuk badan beruniform. taun lepas aku memang tak masuk pape so this year terpaksa la masuk kan? aku pilih PBSM. aku masuk sebab nak bagi nama je lepastu blah ah. memang takde makna aku nak datang setiap perjumpaan. dari form 1 aku tak pena pegi. kawan-kawan aku dah biasa dah ngan perangai aku ni.

bila turn untuk pilih AJK SLAD FORM 4 takde sape nak vote sebab budak form 4 dalam PBSM ada dalam 8 orang je termasuk aku, fariha and anisa. haih bodoh en? lepas tu cikgu cakap macam ni

"pelajar form 4 tolong angkat tangan sekejap"

aku pun macam takde mood ar nak angkat tangan sebab aku memang tanak jadi AJK SLAD. untuk apa weh?

tetiba cikgu tu jerit,

"haiiihh angkat tangan pun susah ke?" (pandang muka aku tepat2!)

haih terperanjat aku bila dia jerit. then cikgu tu pandang kerek gila kat aku, aku terus pandang tingkap tgk orang-orang kat bawah. tetiba ternampak encik xy + y + 2(3x2). senyuman kian menjelma. Hahahaha

No comments: