Sunday, April 26, 2009

nak story ni

sepanjang seminggu ni, ada dua benda jadi kat aku.

first incident
aku nak buang sampah kat luar dorm. tong sampah tu mcm dekat jela so aku malas la nak pakai towel semata-mata nak tutup rambut aku. malam pulaktu. sape yang nak tengok siot? lepastu, ada sorang kakak tu kejar aku dari belakang..

"eh awak, lain kali tutup rambut tu. ingat"

"oh okay" (dalam hati,mampus kau ah)

aku buat sampah tu tak sampai seminit pun weh. lepak la. tapi sumpah lawak cara dia kejar aku. macam menggelabah gila.. sampai ade member aku ckp, "weh kau kena terjah melodi ke?" haih..

second incident
ada satu malam tu, ketua dorm nak jumpa aku sorang-sorang. aku dah mula rasa pelik. aku ada buat salah ke?

"kau bawak hp ke?"
"eh takde la. nape?"
"takde ah tadi ada pengawas nmpk kau pakai hp"
"oh tu bukan hp la. mp4 je"
"kalau kau nak bawak hp, aku x kesah.. tapi pepandai coverlah"
"haa yelaa."

aku lupa pulak katil aku depan pintu. memang semua orang lalu lalang depan leh nampak aku buat ape la. mp4 aku tu mcm handphone skit. haha. tapi aku tak makan dalam kat sesape pun. aku terima dengan hati yang terbuka. tak sabar nak balik hari khamis minggu dpn. cuti lame skit. yeayyy!

2 comments:

waniebanie said...

ahaha.. gile faymes smpai diterjah melodi. nanti aku blikan ko ipod satu k~

sabwina said...

incident lah