Friday, July 24, 2009

oh kasut hitam kesayanganku!

Minggu lepas aku tak boleh balik rumah, tak boleh outing. macam sial!

mood aku terus berubah. aku malas nak pergi sekolah, malas nak belajar, malas nak bersua muka dengan classmates yang bosan gila nak mampus. yang aku tau ari jumaat aku nak balik walaupun bukan musim balik. jadi sekarang aku ada kat rumah! HEAVEN MAN!

tapi bukan tu aku nak cerita sebenarnya.. hari isnin lepas memang aku takde mood langsung nak masuk kelas. tahap kemalasan aku masa tu memang hardcore la. tengok buku rasa macam nak buang je. lagi-lagi buku chemistry. banyak formula tak hafal lagi!

tiba-tiba sedang aku melayan perasaan malas dan bosan aku sorang2, 3 orang pengawas dengan cikgu disiplin datang ke kelas aku. aku ingat dia nak buat program mentor-mentee (teknik je kot yang buat) last2 ada spotcheck besar-besaran. nasib baik handphone aku dah bagi kat mama. kalau tak, aku selalu bawak phone dalam kelas. layan lagu. nasib aku memang baik.

semua classmate aku macam "weh kau punya kantoi tak?"
semestinya tak. jiga is very clever. haha

aku menghembus nafas lega.

lepas tu, pengawas dengan cikgu blah dari kelas. kelas aku takde kantoi pape la. 20 minit kemudian, datang 2 orang pengawas lelaki dengan ustaz. aku macam "apahal? takkan nak buat spotcheck sampai dua kali kot? melampau!" ustaz pun cakap la "sesape pakai kasut canvas ke sneakers ke sila tanggal sekarang!"

pengawas pun round tengok kasut2, bila datang kat meja aku, "haa, yang ni bukak kasut! bukak kasut cepat!" aku dalam hati dah mencarut macam nak gila. sumpah aku benci pengawas laki tu doh. i hate you forever! sebab kau aku berkaki ayam ke bengkel awam. semua dok ketawakan aku dari jauh. bongok..

dan aku akhirnya aku memakai kasut putih sekolah, rindu doooh! tiba-tiba mood aku jadi happy pulak sebab dah lama tak pakai kasut putih. excited lebih.

kasut hitam aku dirampas begitu sahaja. sedih kan cerita aku kali ni?

No comments: