Thursday, August 27, 2009

old stuff

aku baru je kemas kotak-kotak dalam bilik aku ni. serabut gile kepala nak kemas. tapi kena kemas jugak. tetiba aku terjumpa macam-macam khazanah dalam kotak tu. tapi aku bukan jumpa love letter ke apa ok. hahaha

first aku jumpa selambak kertas-kertas periksa PMR, trial, ujian bulanan, ujian pertengahan. semua yang berkaitan dengan ujian ada la senang cite. aku boleh plak gelak sorang2 bila tgk markah aku sume stok 60 lebeh jea. tak lebeh tak kurang. 65% tu kira standard untuk aku.

lepas abis gelak tengok markah aku, ketawa aku menjadi-jadi pulak. sebab aku terjumpa buku nota kemahiran hidup aku. buku nota aku tu dah tak serupa buku dah. penuh dengan tulisan warna merah, siap conteng2 lagi tu. ni semua terjadi sebab aku tak pernah siapkan nota or latihan yang cikgu bagi.

setiap muka surat mesti ada "sila siapkan latihan ini, itu." ah bosan.

nasib baik kh aku A. itu pun first time dan aku amat bersyukur sebab aku takkan berhadapan lagi dengan elemen-elemen KH. especially bab elektrik. tolonglah, aku tak pernah suka bab elektrik. never ever!


aku addicted gila dengan lagu thank you for loving me - bon jovi. perghh feel habis!

No comments: