Friday, September 11, 2009

hello goodbye

minggu depan dah raya, gila tak sabar doh. aku baru sampai rumah ni.. tadi pergi jj jap pastu bila dah rasa penat gila, aku terus blah. patutnya nak berbuka luar. sorry guys, serious aku letih. puasa kan?

ok aku nak cite skit la pasal minggu ni.

malam selasa lepas plan kami untuk bufday ecah menjadi. nasib baiklah menjadi. kitorang buat kat tandas je sebab semua senior tengah study for their trial. aku dengan dormmates semua dah setting kat tandas la. pastu suh sorang member aku berlakon sakit perut. tapi time ecah masuk tandas tu.. kitorg terlambat attack pulak. sumpah lawak gila but still dia kena air sabun, telur, tepung, bedak. aku pun kena sekali tu. gila.

keesokan harinya, senior marah kami sebab kotorkan tandas. kami dengan slumbernya tak basuh balek tandas tu. HAHAHA

dan aku ada satu cite lagi.

aku tengah buat ED kat kelas, masa tu prep. pastu tetiba ada sorang budak bagi buku hijau yang selama ni aku cari merata-rata. rupanya ada kat dia. macam sial. kat dalam buku tu ada macam-macam kot. malu aku.

"kau haziqah kan? eh jangan risau, yang belakang-belakang aku tak baca lagi"

kalau nak menipu pun, tak payah sampai macam tu sekali.

No comments: