Saturday, October 3, 2009

kerjasama

semua cakap aku gedik sebab balik rumah minggu ni.

alahai dah kata minggu balik mestilah aku mau melepak di rumah tercinta ni. home sweet home beb! lagipun rumah aku dengan asrama ni takdelah jauh mana dalam bape minit je bole sampai. bodoh la kalau aku tamau balik rumah?!

yela minggu depan aku tak balik dah. nak study. hahahaha

suasana raya makin pudar dalam diri aku. duit raya tahun ni paling sikit sial! sedih!! sekarang suasana periksa pulak memakan diri aku. exam suck! aku sebenarnya nak belaja tapi banyak betul halangannya lalu terus buat aku takde mood nak study.

ngantok dalam kelas antara faktor utamanya. sampai classmates gelar aku "ratu tidur".. hal kelas, hal jurusan awam aku tak sentuh langsung.. aku buat bodoh jea. satu hari tu dorang buat meeting untuk jamuan raya jurusan awam isnin ni, aku dengan member aku tak datang. classmates aku bengang la pastu ada ke patut dorang suruh aku bawak RENDANG???

memang la aku nak masak rendang dengan mak aku untuk jamuan ni kan? eeee tak kuasa! banyak lagi keje aku mau settle kat rumah ni. ni pun aku tak bagitau kat dorang bole buat ke tak, num phone dorang pun aku takde. hahahaha lawak kan!

di sini memang nampak sangat aku tak sejiwa dengan classmates aku.

kat telinga aku, asyik terniang-niang lagu tema wonderpets tu. seolah-olah lagu tu memerli aku balik. ok fine whatever

"APA YANG PENTINGGGGG? KERJASAMA!!!!!"



wah sungguh gagah!

nak layan crows zero jap, bye

No comments: