Sunday, November 15, 2009

Bubbye Anggerik

Hello, minggu ni minggu last aku sekolah. pergh gila best la weh. banyak jugak plan aku untuk holiday lepas ni.. yang pasti aku kena pergi tuition for spm la. fuck betol! aku sangat tidak suka dengan exam.

emm sepatutnya aku balik jumaat lepas, tapi dengan kerelaan hati aku balik rumah hari ni sebab ada party dorm malam semalam. it was the best party i ever had! aku cakap best sebab firstly kitorang sendiri yang organized the party gila-gila. then, kakak senior dorm aku semua supporting gila! memang best.

kitorang punya party penuh dengan balloon je. but seriously comel gila. aku suka sangat.

pada mulanya aku nak buat game twister tapi tak kesampaian sebab ada masalah tertentu. aku malas nak bukak cite so we decided to play a game called "burger" (aku yang introduce this game. hehe) walaupun tak guna game board or whatever, tapi best jugak sampai ada orang tegur kitorang jerit kuat sangat. yela senior kan nak SPM? haha. pastu ada game music chair.. aku jadi DJ sebab aku malas nak main game music chair sebab aku tau mesti aku yang kalah dulu. buat sakit jea.

we had fun. we had joy.

lepas abes makan2 kitorang exchange hadiah antara junior and senior. aku dapat KAK DURRA. KAK DURRA pun dapat aku. aku bagi dia hadiah paling pelik, unik dan geli kat dunia ni. jangan marah ye kak durra. bila ingat hadiah tu, ingat JIGA selalu ye. hihi. kak durra bagi aku tempat letak handphone. it was cuteeee thanks yeh!

and then partay kami diakhiri dengan persembahan koir daripada junior dorm anggerik. kitorang tak belatih and tak sedia pape pun sebab takde mase. kitorang just prepare banner for them such as wishing good luck for their SPM.

yang paling sweet moment sekali bila ada antara senior yang menitiskan air mata bila tengok kitorang perform. awwww. kak munie especially. bila aku tengok dia macam nak nanges je tapi maintain je sebab aku tengah nyanyi ni. jangan nangis. tak comel nanti. HAHAHA.

sebelum aku tido mlm semlm, aku ada terpikir jugak pasni aku tak bole same dorm ngan junior anggerik lagi. tak bole duduk dorm anggerik yang terletak di bawah sekali. tak bole lepak2 dengan senior anggerik (dorang seriously motivate diri aku yang lemah ni and sempoi)

dengan itu, salam rindu buat semua penghuni dorm anggerik 2009. kepada junior, selamat berjaya dalam SPM tahun depan and jom stay up dengan aku tengok fifa world cup sebab asrama akan ade astro taun depan. hehehe.. dan kepada senior, good luck and all the best for SPM. ktorang nak mintak maaf kalau ada buat silap dan kami telah dilabelkan sebagai "junior yang sangat nakal". ramai je yang tak suka junior anggerik. so? fuck off.

*pictures will be uploaded.*

pergh panjang betul post aku kali ni. terima kasih kerana membaca ;)

No comments: