Wednesday, December 16, 2009

stupido

hari ni aku tabahkan hati untuk pegi tuition..

aku sanggup menahan nafsu pegi karaoke dengan member sebab pikir ada tuition petang ni. punyalah semangat aku nak belajar.

setelah dua hari aku skip kelas sebab bosan dan penat. pergh last week dengan family vacation lagi, dengan homework belambak2, macam aku ni robot pulak. tolonglah faham!

so aku ingat tadi aku nak munculkan diri di tuition awal skit la supaya orang ingat aku ni still ada komitmen untuk belajar dan terus belajar. aku siap2 dalam pukul 4.45, kelas pukul 5. so aku dah timing kat situ.

aku dengan excitednya call kawan aku dengan hajat nak pegi tuition sama2. so kitorang pegi la sama2. mentos memang wajib beli before class. amik mood belajar skit!

bila kitorang sampai kat situ, kelas gelap. takde sorang pun. tetiba ada satu bilik je ade lampu, private tuition rupanya. kawan aku terus tanye cikgu dalam bilik tu..

"cikgu kelas chemistry form 5 batal ke?"
"eh kamu ni.. kelas form 5 pukul 6 la.."
"kawan saya cakap pukul 5"
"sapelah kawan awk yang pandai sangat tu? pukul 6 la pegi balik"

kitorang gelak, cover malu.

gelak gelak dan terus blah dari situ. dalam hati dah bengang tahap cipan dah. malu gila kot. sape la yang bijak sangat bagitau aku kelas hari ni pukul 5 en? memang aku sayang kau sangat2.

untuk mengisi 1 jam tu, aku pegi cc. aiihhh nasib baik cc tak ramai orang. eh eh aku baru perasan orang yang jaga kaunter cc tu budak ex sbs dulu. hensem siot. haha at least aku buat kerja berfaedah jugak kan kat cc ni?

away to singapore tomorrow, byebyes! <3

dan buat kali terakhir, aku tujukan gambar utk member aku yang bagitau info salah tu, especially fer ya! hope u like it

Photobucket
emo je lebih aku ni kan?

No comments: