Tuesday, June 15, 2010

(pecah perut)

Tadi jumpa member lama..rindu!
Hahaha aku kalau jumpa dorang dua kan..
sumpah mesti tak kering gusi doh, gelak aku tak payah ceritalah.
sampai satu mcd usha aku semacam..
tapi diorang belum dengar Nadrah ketawa lagi
lagi hebat daripada aku.

Aku ketawa bersebab.
Entah la bila diorang start cerita pasal
zaman sekolah agama..aku akan secara automatic
ketawa macam haram. ketawa tak ingat dunia.
sebab aku tahu waktu tu waktu nakal kami bertiga.
kira zaman kecomelan kami la..hehe
nakal gila kot aku rasa.
kitorang selalu ponteng solat jemaah,
pergi kedai mamak beli jajan.
last-last kena sebat ngan ustaz di khalayak ramai.
kitorang selalu datang lambat kononnya ada tuition UPSR,
tak pernah fokus dalam kelas. main je keje..
ustaz selalu baling pemadam papan hitam ke arah aku,
kitorang kantoi busuk meniru time exam,
kantoi usha budak tahfiz dengan ustaz..
macam-macam lagi.
rindu doh sekolah agama.
mana korang semua menghilang???
dulu aku kira boleh la jugak hafal tajwid tu.
tapi SEKARANG otak tepu untuk menerima semua tu.gilaaaa.

dah lama tak edit gambar, so this is for you guys...








No comments: