Thursday, January 13, 2011

Apa yang aku rindu dengan hidup sekolah rendah?

Aku pada asalnya memulakan alam persekolahan di sekolah convent. ye, sekolah perempuan.

Sekolah convent dengan sekolah sbu amat ketara perbezaannya. Dan kedua-dua sekolah tersebut amat memberi pengalaman kat aku. Pengalaman yg tak bole dijual beli kat mana-mana pun okay! Hehehe

**post ni hanya suka-suka, sebab aku boring gila skrg!

1. Datang sekolah naik bas sekolah ramai-ramai. Geng lelaki mesti memekak kat belah belakang dan aku mesti ada tersangkut pada sorang..hehe (kecik2 dah pandai suka2 orang kan)

2. Perpustakaan Bergerak! Dulu skola aku ada benda alah ni kot, mmg excited gila kalau perpustaan bergerak ni datang. bole pinjam 2 buku je dalam sehari.bila buku hilang, serious cuak sebab kakak yg kerja tu garang gila nak mati. haha rindu

3. Time rehat - loceng akan bunyi lama gila nak mampos! Time tu, aku ajaklah kawan-kawan kelas sebelah rehat sama sekali. Dulu nasi lemak 50sen kot, air 20 sen. Aku ingat lagi doh. Yang letihnya kena beratur tu je. tapi time tu serious harga murah gila!

4. Handle perhimpunan - well aku dulu ketua pengawas tahap 1. best gila kot boleh handle assembly sorang-sorang. Cakap merapu-rapu kat mic. Buat tepuk CPR (bukan TI je ada tepuk..haha) Korang mesti tak percaya aku dulu pengawas kan? sbb aku pun tak percaya.

5. Shortcut ke sekolah - convent memang popular dengan jalan shortcut. Ada satu jalan shortcut tu serious scary gila. Dah la gelap, banyak semak2 tapi aku dengan member lain still nak jalan kat situ.

6. Aktif dalam aktiviti sekolah. Dulu aku aktif jugak okay. Aku ingat lagi aku masuk boria lepastu menang kot. Entah dah lupa dah. Lepastu, aku masuk nasyid.. Ada sorang budak ni time training bole bantai terkencing pulak, serious takleh lupa. Aku time tu dah gelak gila gabannya sebab dia berdiri sebelah aku je pun. mmg bodoh la kalau aku tak nampak kan? haha

No comments: