Friday, January 21, 2011

Weird.

Aku sorang je terjaga dalam rumah ni, pada waktu ini.

Baru jea habis tgk movie, aku dengar satu bunyi ni. Bunyi ni dia macam orang tgh bukak pintu yang kunci. Faham kan? So aku buat bodoh je la. Baca blog kejap, layan facebook.

Bunyi tu still ada lagi.

Aku buat bodoh lagi. Aku diam lagi.

Layan facebook kejap, kononnya nak sedapkan hati. Cakap dalam hati, ilusi je ni. Punyalah tak sedap hati, aku bukak semua lampu dalam rumah ni.

Bila aku ke arah pintu bilik mak aku tu, takde pape jadi. takde benda pun. Ok fine.

Download lagu jap. Dan bunyi tu still ada lagi. Haih, sumpah aku dah macam apa time tu. Cuak tu tak payah cakap lah. Aku kuatkan semangat aku, ketuk pintu bilik mak aku. kejutkan dia macam biasa.

(Ketuk pintu)

"Kejap Ika.. Kenapa?"

Aku senyap. Tunggu sampai pintu dibuka dan lihat keadaan mak aku.

"Kenapa ni? Pukul berapa? Mama dah lambat ke?"

Dalam hati aku, Alhamdulilah Mak aku okay. Takde pape. Semua ok!

"Baru pukul 2.30."

"Kenapa ni Ika?"

"Takde pape lah"

Mak aku sambung tidur balik. Sekarang pintu tu terbukak. Aku tak nak tutup. Bunyi tu dah takde dah. Apa semua ni sebenarnya ha? Ke ini hanya ilusi aku yang susah nak tidur waktu malam macam ni? Aku tak tidur lagi dan aku takkan tidur sehingga subuh. Tak sedap hati doh!

Sangat pelik!

No comments: