Monday, February 21, 2011

28 Feb eh sayang? Terima kasih.

Teman mak aku pergi bayar bill kejap tadi. Dalam perjalanan tu, mak aku buat-buat tanya kat aku soalan kedua yang aku paling benci dalam dunia ni. Soalan pertama yang aku paling benci buat masa sekarang..

1) "Kau bangun pukul berapa hari ni?"


Ye, aku benci sebab aku memang bangun lambat tiap-tiap hari, so aku macam rasa annoying gila bila orang tanya benda ni. Ala, 6 bulan je aku tidur mati macam ni, lepas ni mane boleh tidur macam ni dah. masa kat college? memang tak. masa tunang? lagi tak boleh. masa kahwin? confirm tak boleh punya. so aku kenalah bijak memanfaatkan cuti 6 bulan aku ni dengan sebaik-baiknya. betul tak? Hehe, sorry mama :) Soalan kedua itu berbunyi begini..

2) "Result SPM keluar bila? Kau target berapa?"


Haaaa ni soalan yang buat aku cuak gila. kadang-kadang tu annoying nak mati sebab semua orang post status kat facebook, "Weh bila result kuar? 28 ke? 13 ke? 273 ke? 4000 ke?" Ok, serious aku cakap aku penat baca, penat tengok, penat untuk pahamkan dengan pelbagai spesikulasi itu. Dan akhirnya mak aku berjaya buat aku happy kejap dalam kereta tadi.

"Entah la Ika tak tahu mana yang betul. Banyak sangat rumors"


"Tadi Pengarah dah cakap dengan kitorang semua (Guru Besar & Pengetua KL) yang result keluar 23 March ni. Mama siap salam pengetua kau tadi"

"Oh yeke? Ok cool.."

"Result hang cool sudah ka?" (Dalam hati sejak bila mak aku orang utagha ni?)

"Hehehehe. Entah la, kita tunggu dan lihat"

Aku tak tahu la benda ni sahih betul-betul, I mean 100%. Karang bila aku cakap confirm 100% tapi tak betul. semua attack aku, entah-entah esok keluar. Tapi cuba pikir, takkan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan nak main-main pancing dengan pengetua-pengetua? Kira ada logiknya jugak. Well memang biasanya cikgu akan tahu dulu.

Aku cuba mengawal perasaan cuak. Peeeeergh! Tapi relaks Batch 1993, masa kita masih panjang. Long way to go. Banyak benda lagi kita boleh cover, boleh enjoy. So have fun okay. It has already written, so what else we can do now? Just pray for our success. InsyaAllah. Much love, toodles!

1 comment:

alyn shahrom said...

sama dohh. annoying gile orang tanye soalan centuu.
=.=