Thursday, February 10, 2011

Maggie kills me

I'm really sorry cause I screwed up everything today. I'm sorry again :/

Ni ha, aku nak cite skit kat hangpa semua betapa effectnya maggie tu kepada aku hari ni. Fulamak hari ni cipta sejarah dan aku takkan makan maggie tu lagi lepas ni, like seriously man. benda tu buat aku separuh sedar separuh mati kot tadi.

Memandangkan ibu tiada di rumah, tiada siapa kat rumah sebenarnya. Tinggal aku, handphone, HBO dan laptop je menemani aku setiap hari. Wahaha tambah lagi, aku ni yang tak reti masak sangat. so aku decide makan maggie je hari ni untuk isi perut, senang cerita.

Makan punya makan sambil tengok hbo, pergh nikmat. takdela feel sangat macam makan maggie kat asrama.. Ok, kenyang dah. Dalam beberapa minit lepastu, kepala aku pusing. Ingat sekejap jela,aku pergi mandi. Then kepala lagi sakit, lagi pening. Pergh sakit dia tak payah cerita la, aku rasa sakit perut pun ok lagi.

Kepala pening bagai nak gila. Aku dah tak nampak apa dah. Tidur terus sampai la pukul 10 tadi. then bangun je, okay sikit la. Tapi still ada sakit tu. kenapa bila aku makan maggie time kat hostel okay je ha? takdela effect dia sampai macam ni. maybe aku dah lama tak makan kot.

Maggie ni nikmat dia bila makan ramai-ramai dalam dorm pastu cari garfu merata-rata tempat sampai dorm sebelah pun bole nak pinjam lagi. eh kalau tupperware pun pinjam dorm sebelah gak. haha yang bestnya lagi bila orang lain yang buatkan.. dan kita hanya menyelit-yelit dalam bulatan tu dan berkata..

"Weh nak after!"

Wah nikmat betul. Budak-budak hostel tahu la macam mana pengalamannya. Ceeeh tapi bila tang bab basuh tupperware tu, semua buat bodoh. semua lari. tapi at last, ikut giliran jugaklah. Hehe

This is the most bad headache I ever had.

No comments: