Sunday, February 6, 2011

Good times


(Surau dan sekolah agama lama aku. Kenangan doh. Kat grill depan ni la port aku fly daripada solat jemaah asar ataupun PAFA haha)

Semua orang pernah belajar sekolah agama kan?

Hahaha, aku tak ketinggalan merasakan kenangan-kenangan semasa di bangku sekolah agama tu. Well, aku tetiba nak cerita pasal benda ni sebab baru ym dengan member lama, Aqilah duk cerita pasal budak sekolah agama dah lain sekarang. bila part mengutuk tu, aku dah start ketawa bagai nak gila.. Pergh!

Antara kenangan aku tak bole lupa sampai bila-bila, serious.

1. Berkawan baik dengan Aqilah dan Aliya. Kira 3 bunga yang sentiasa bersama la

2. Main rumah hantu lepas habis final exam. Hazri jadi hantu yg memakai topeng buatan aku sendiri. topeng tu serious tak cuak langsung, tapi kitorang yg gelabah lebih jerit2 main kejar2.

3. Kelas hafazan Al Quran aku paling cuak sebab susah gila nak hafal dan selalu jadi orang last yg dapat habiskan hafalan tu. Ustaz dah biasa dah ngan aku.

4. Ponteng solat jemaah asar sampai kena kejar dengan Ustazah Ayu. yang bestnya, nama aku sorang je ustazah petik padahal time tu tiga-tiga tengah fly pergi kedai janjan belakang tu.

5. Kena bantai rotan dengan ustaz depan khalayak ramai sebab ponteng solat. Bila ustaz cakap, "siapa tak solat jemaah semalam perempuan?" kakak-kakak senior mulalah petik nama kami, mengumpat kitorang lagi, buat muka ketat kat kitorang. Gelabah!

6. Nasi lemak RM 0.50 dan ais krim batang pop yang banyak colour tu, 20sen je pun. Fuuuh feel gila kalau makan benda alah tu. Paling feveret, flavour milo and asam boi. Sedap!

7. Aku sepahkan pencil box sorang mamat ni sebab time tu tengah gaduh, aku dah lupa sape. Tapi serious time tu, orang macam "wooooooww.." haha lawak!

8. Naik basikal sorang member ni sampai pancit tayar dia. Dia punyalah jaga basikal tu, kedekut jugak la. Last2 bila aku dpt naik basikal dia, pancit terus. yg si Aliya tu asyik jatuh je kerja bila naik basikal. kain hijau tu kalau takde lubang tak sah. kan? kan?

9. Kitorang tiga selalu kena torture dengan Ustaz Faisal (ajar Bahasa Arab and Tajwid).. sebab apa? sebab kitorang selalu dapat markah 40lebih ke bawah kalau ada test, pastu selalu tak hafal makna.. ketuk ketampi 100 kali, duduk bwh meja, rotan seluruh badan dan tangan, bangun atas kerusi, atas meja.. dah biasa dah. haha

10. Ada sorang ustaz baru masuk time darjah 6, Ustaz Hafiz aka ustaz ketat. Aku tak suka dia sangat sebab entah la.. Ada satu hari tu, aku tgh syok berborak dengan Aqilah.. Dia baling pemadam papan hitam tu ke arah aku. kena tangan jugak la. fuh, bengang doh time tu. terus senyap pastu.

11. Kitorang cuak dengan satu perigi belakang tandas perempuan tu. Banyak cerita dongeng dan merepek kitorang dengar dah, ada orang mati dalam tu la, apa la. Sampai sekarang aku tak berani nak pergi tengok. Haha.

12. Kitorang kantoi dengan Ustaz Safri time usha sorang abang tahfiz ni. Dia selalu datang surau sebelah naik basikal petang-petang. Kitorang macam suka dia la, aku paling obvious kot. Pastu ustaz cakap.. "Sudah laaa haziqah, saya nampak apa awak tengok tu..."dengan gelak tawanya.

13. Ada banyak budak pelik dalam kelas aku. First, badak air yang menguap power gila. Haha. Ada sorang tu selalu dengan diary dia, mengelamun. Pastu, ada yang main game imagination duk tampar muka sendiri mcm bangang.

14. Kalau ustaz pergi mesyuarat, kitorang budak darjah 6 pergilah jaga kelas junior-junior yang annoying nak mati tu. kain merah menandakan kami pengawas. kat papan hitam mesti tulis nama-nama budak bising. Devide lelaki dan perempuan. Time tu la aku tunjuk garang aku.

15. Buaian kat depan blok junior. Fulamak rindu seh. kat situ kitorang selalu lepak, dok cerita benda bukan-bukan time rehat. kat situ pun senang tengok budak laki main takraw. wakaka! cuci mata kejap kan, haish kecik2 dah pandai.

Copyright JIGABELLAMYORKE

No comments: