Monday, February 7, 2011

In loving memory.

"Thanks for all you've done. I've missed you for so long, I can't believe you're gone.. You still live in me, I feel you in the wind.. You guide me constantly!" -Alter Bridge

Rindu pada arwah ayah dan nenek yang sangat dikasihi. Hari ni, genaplah 4 tahun ayahku telah meninggalkanku sekeluarga namun aku tidak pernah lupa detik-detik terakhir aku bersamanya. Aku ingat lagi lauk terakhir yang kami makan. Aku ingat lagi topik terakhir kami berbincang. Aku ingat lagi wajah terakhirnya sebelum aku ke sekolah. Ya Allah, aku sangat rindu pada mereka berdua. Tempatkanlah mereka dalam golongan yang beriman, AMIN.

Tiada apa yang boleh dapat menggambarkan tahap rindu dalam sudut hati ini, tiada siapa mahu hidup jadi begini. Namun, inilah lumrah kehidupan. Hidup harus diteruskan.

Segalanya telah berubah sekarang baba. Ika berjaya menjadi seorang yang lebih matang dan berusaha mencari erti sebenar kehidupan. Ika rindu nak lepak dengan baba, nak borak dengan baba, nak gelak bila dengar baba nyanyi. Ya Allah, aku tak dapat nak teruskan lagi. Serious sebak beb, aku sudahi dengan Al-Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan yang beriman. Amin.

1 comment:

lailytasha said...

al-fatihah ;) stay strong kawan...