Tuesday, February 22, 2011

Janganlah tidur petang. Fuh!

Telefon rumah aku berdering. Aku malas gila nak angkat sebab telefon tu jauh daripada aku, tambah lagi waktu tu aku masih dibuai-buai dalam mimpi. Fuh layan. Bila telefon berhenti berbunyi, aku menarik nafas lega.

Tiba-tiba phone aku pulak berdering. So I was like..

"ok ni mesti ada benda urgent ni. angkat je la"


I expected this call from my friend la, nak tanya pape kan but things get messed up and really annoyed when I notice that the call was from Tuition Estetika.

"Salam saya dari Tuition Estetika"


Fyi, call yang aku akan reject first-first, tuition ni la. Tapi aku terangkat jugak call dia, haih. Yela aku memang tak bayar lagi yuran tu, tapi bawak bertenang la bro, takkan sebulan tu 4 kali kot kau nak call aku cakap benda yang sama? Aku rasa annoying nak mati. Bila aku ada masa jenguk sekolah (the best time bila amik result nanti la), aku bayar serta-merta la beb. Jangan risau. Hutang kot, takkan aku tak nak bayar?

"Ye adik, hmm bila ye nak bayar yuran tertunggak?"

"Hmmm. Entahlah..." (Nampak sangat aku tengah mamai)

"Ok macam ni la adik, apa kata adik bayar 28 Feb ni. 28 ni result SPM keluar kan? Pihak sekolah dah bagitahu kami"

BOLEH AKU MENCARUT TAK KAT SINI? %!$@^#*@(!*

"Ha? Apa dia?? Result SPM 28 ni? Bukan march ke?" (Kali ni aku baru betul-betul terjaga)

"Ye, 28 Feb ni, sebagaimana adik tahu, kalau adik tak bayar result SPM kena gantung lah" (dah mula dah nak cari jalan mencuakkan aku, cari jalan naikkan bisnes, ternyata misi kamu gagal wahai estetika)

"Ok saya bayar time tu la nanti. Bye"

Aku tak senang duduk dah. Call Elle, bagitau benda ni dulu, ceh Elle sentiasa berpegang dengan 23 Mac dia. Lepastu call Nadrah pulak, dia boleh bantai gelak macam apa je tadi. Hahaha. So baru kejap tadi aku call la sekolah untuk kepastian dan kebenaran.

"Assalamualaikum saya bekas pelajar 2009/2010, nak tanya bila result SPM 2010 keluar?"

"Apa? SPM bila tu?"

"Oh SPM 2010. Tahun lepas. Bila ye result keluar?"

"Eh SPM 2009 pun belum keluar lagi, adik dah tanya SPM 2010"

BOLEH AKU MENCARUT LAGI? &@^#^#$#()$)!!+=

"Tak, makcik tahun ni kan 2011. Tahun lepas 2010, so SPM tahun lepas punya la" (Sorry bunyi macam kasar gila tapi time tu aku takleh handle myself. Bengang. Dari satu ke satu buat aku migrain, terima kasih la banyak-banyak T-T)

Dia tetap dengan keputusan SPM 2009 tak keluar lagi. Tak nak kalah lagi tu. Hahaha hadoi, aku malas nak layan lagi, aku terus off call.

Tiba-tiba, Estetika yang sangat berhemah tu text aku. Apa lagi dia nak ni siot?!

"Adik, sorry salah information. 23 March result keluar ye"

BOLEH AKU MENCARUT LAGI DAN LAGI? PERGH BERAPI SIAL!

Kalau la aku ni anak Dato F, dah lama aku saman tuition ni doh. Tapi aku buat cool lagi. Aku bukan apa, aku segan kalau aku cakap 23 MARCH tu salah sebab aku dah bagitau semua batch 1993 tentang benda tu. kalau salah, sumpah wa tak keluar rumah bai. Malu punya pasal kan? Hehehe. Sampai yang tak pernah aku text pun, boleh forward text 23 March tu. Demi kejayaan batch ni kan, aku sedia membantu. Ceh, bajet. So konklusinya, janganlah tidur petang lagi macam aku. Banyak benda yang buat aku sakit hati petang ni.

Selamat beramal! Toodles!

No comments: