Monday, February 21, 2011

Jogging? Geez :/

Aku decide nak jogging petang tadi tapi lain jadinya bila dia dah start cerita benda yang aku boleh gelak macam apa je tadi. Ok, ye semua orang buat muka kerek bila aku gelak. haha hodoh sangat ke aku gelak weh? keliru jap.

Ok lama gila aku tak turun taman ni weh. Aku rasa dalam setahun lebih jugak la. Aku terkejut sebab dah banyak facilities kat situ, siap ada macam spa aku tgk. ada gym semua so macam best la. Tengah syok2 bercerita.. tetiba aku ternampak seseorang terlintas depan mata, ceh dia tengah jogging dengan mp3nya sekali.

Aku senyum je. Dia tak senyum, buat muka annoying lagi ada. Aku macam whatever la. Teruskan perbualan aku dengan sahabat yang menemani. Hehe!

Then tetiba terjumpa dia lagi, masa tu baru dia tegur.

A : Woooooi
Me : Woi (sambil tersengih-sengih)
A : Ait dah berapa round dah ni weh? (Perli baik punya bang, terima kasih)


Hahahaha. Dah berapa round ye bang? kenapa tak cakap berapa track je aku dah lari? Ok, kata-kata dia pemberi semangat untuk aku jogging okay. tak sangka ni! thanks to you dude. Saya tahu saya agak liat untuk jogging. Urgh :/

No comments: