Friday, March 25, 2011

Brotha with love

Jangan pernah menyerah diri kerna kamu belum tahu apa akan terjadi pada esoknya
(taken from movie LOVE)

Haa siapa tengok cerita LOVE kat Prima semalam? Haha aku ingat lagi scene Acha nak blah daripada lelaki tu, lepas tu lelaki tu cari dia balik kat tempat kereta api tu. Comel gila. Okay aku rasa cerita SEPI 100x lagi best la walaupun pengarahnya sama kan? Gue emangnya mahu belajar bahasa indonesia kok kerna gue rasa bahasanya cukup "cool" untuk dipelajari. Emang gue ini mahu pacar dari indonesia ya? Oppssy, hahaha cool jugak kan kalau bf kita orang indonesia? omg omg omg!

Mak aku hadap aku lagi.

Rasa macam kat tempat muka pengadilan. Mak aku jadi hakim mahkamah. Aku anak guam. Peguam aku tak tahu siapa. I'm aloneeeee! HELP ME!

Tiba-tiba aku tak sangka, mak aku cerita tentang adik aku. Pheeeuw, ingat nak cerita pasal hidup aku yang takde makna dah ni. hehehe. aku sebenarnya tak suka tengok mak aku sedih dengan result aku. Aku lagi sedih okay kalau macam tu. Rasa macam hati kita ni dihiris-hiris dengan pisau yang teramatlah tajam. Musnah segala harapan yang dibina. Tapi aku okay, aku relaks. Semua benda terjadi pasti ada hikmahnya.

Adik aku memang berjaya dengan jayanya dalam ujian dia. Gila superb weh. Markah semua stock 80lebih je. Aku dah ternganga macam kerang busuk bila mak aku dok cite pasal dia. Nasib dia adik sama darah aku, kalau orang lain, dah lama aku cabut dulu. Haha. Well, I'm happy for you bro. Terima kasih sebab anda selamatkan keadaan yang sangat tegang ini. Terima kasih sebab result exam kau meng-cover-kan result spm aku yang menentukan hala tuju hidup aku sebenarnya. Anda memang pandai mengubat hati mama yang tersayang. Please come back home now, aku rindu nak gaduh dengan kau siot!

Kepada semua budak sekolah, sila belajar dengan bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam saya. Saya menyesal gilew ni. Omaigod. Hanya Allah SWT je tahu perasaannya.

Okay salam.

No comments: