Friday, May 20, 2011

Emosi lebih

Aku tahu semua orang mesti tengah sibuk packing barang untuk sambung belajar tak lama lagi kan? Hehehe seronok! Aku sudah melaluinya dan ia amat memenatkan bila kita tak tahu mana satu actually yang penting. Well untuk semua batch saya, I wish you all the best and may success lead you always.

Hati aku masih berbelah bahagi actually. tapi apakan daya, aku teruskan apa yang aku dah pilih pada peringkat awal dan aku harap ini adalah pilihan yang terbaik. Amin.

Kawan baik lama saya since sekolah rendah lagi, Aqilah akan belajar jauh nun sana. Aku sebenarnya sebak jugak la bila dapat berita dia akan continue studies kat Sarawak which is jauh gila nak mati. memang jarang jumpa la lepasni. I'll be missing her so much la.

Sebab apa eh..

Sebab aku dengan dia ni memang kawan baik dah lama gila kot, so tahu sangat perangai dia macam mana. Dulu, semua benda kitorang buat sama-sama. Tapi dia pandai dari aku, masuk SBPI.. Aku still sekolah kl. then lepas habis je spm, kitorang still lepak sama-sama. Amik kelas driving sama-sama. berlatih bukit, parking sama-sama. failed jpj sama-sama hahaha macam bodoh. aku akan tergelak bila pikir balik masa yang penuh dengan tekanan ialah apabila aku dengan dia kena belajar driving, serious malas gila weh.

Aku akan rindu kau beb, seriously.

Esah, Syida, Nadrah, Wani, Elle, Lalat, Aji, Bob, Jambang.. Aku akan rindu korang gila-gila. Sumpah. Okay malas nak beremosi lagi. Hope you guys doing well. Belajar elok-elok tau.

Love, jiga xx




No comments: