Thursday, February 9, 2012

So hard to say.

"Betul ke aku nak jadi engineer?"

Soalan paling macam tak tahu nak jawab or bagi reaksi apa. Serious ni. Kerana aku masih mencari identiti dan kebolehan yang terpendam dalam diri ini. Tahniah kepada yang sudah berjaya mencari kekuatan diri masing-masing. Aku masih mencari dan mencuba, InsyaAllah kejayaan itu akan kita kecapi kelak, sekejap atau lambat yang hanya membezakannya.

"Jangan menyesal di kemudian hari..."

Ayat yang paling menakutkan aku. Tak tipu. Tapi ia sedikit sebanyak memberi aku kekuatan dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.

"Buat benda yang kau suka, bukan orang lain yang suka, dan bukan kerana terpaksa.."

Dan aku akan pegang kata-kata ini sampai bila-bila.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak, InsyaAllah, Amin.

No comments: