Friday, September 21, 2012

Bersedialah

Sumber: Realiti kehidupan sendiri.

Bersedialah aku

Untuk menerima kenyataan
Menghadapi segala rintangan yang ada
Jangan pernah kata "tidak"
Kerana sesungguhnya hanya itu dapat memusnahkan..
Segala rancangan kita dalam membina empayar masa depan yang unggul.

Bersedialah aku

Mencari kekuatan diri sendiri
Serta kelemahan diri agar ku tidak terpedaya dengan bayanganku sendiri
Soal la diri, di manakah aku berada? Siapakah aku sebenarnya?
Jagalah adabku, jagalah keperibadianku,
Kerana aku tahu..
Akulah masalahnya, dan aku juga jalan penyelesaiannya.

Bersedialah aku

Mengorak langkah maju ke hadapan
Biarlah orang memberi beribu anggapan,
Biarlah orang menyoal beribu soalan pun..
Tapi aku tahu apa yang aku tahu.

Bersedialah aku

Mengharungi hidup yang tidak pasti apa kisahnya, apa nasibnya.
Tapi jangan aku sesekali lupa pada pencipta-ku,
Kedua ibu-bapaku, adik-beradikku..
Serta mereka yang tidak pernah putus memberi harapan,
Kerana merekalah yang mampu senyum bersama bila kita gembira,
Kerana mereka jugalah yang mampu sedih bersama bila kita kesedihan.
Jadi..
Bersediakah aku untuk agenda seterusnya?


Aku masih belum terlambat, HRH

No comments: