Saturday, January 26, 2013

I could never forget this.. Never.

Dengar lagu Down by Jay Sean terus teringat sketsa tahun 2010 yang tersangat sangat sangatlah bangangnya. Tahap malu dia masa tu memang maximum la aku cakap. Tak tahu mana nak letak muka yang comel ni. Hahahaha tapi serious kelakar gila bila fikir balik. Kelakar gilaaaaa, serioussss.

Malam senior-junior.

Ada sketsa, tema dia P.Ramlee, ada pertandingan semua lah.

Benda ni memang senior junior kena join sekali, nak tak nak, kena join jugak. So aku dengan budak-budak dorm terus ambil peluang sekali seumur hidup ni, well aku memang tak pernah masuk sketsa pun before this.. But this time around, aku dan senior-senior yang lain kena buat suara je, actionnya junior yang buat. So kurang malu di situ. But still cuak lah. Hahahahahaha. Yang paling tak bestnya sebab join dengan dorm lain.. (Itu kot sebab kitorang tak menang haha bajet nak mamposss)

Masa persembahan sketsa tu, aku ingat lagi...

Wani, penjaga benteng babak 1, 2, 3 yang aku buat sendiri hahahahahaha. Okay lawak.

Aku, Syida, Belle dan Nadrah jadi suara untuk satu babak yang sama.

Bila turn babak kami, semua berjalan dengan .... SLOW GILA. Dan2 masa tu Nad entah ke mana, part dia entah siapa nak cakapkan, masa tu lah kitorang semua stuck. Hahahahahaha masa tu babak ali baba eh? Yang Ali Satar dengan S.Samsuddin kira harta karun dalam gua tu. Contohnya: Haa satu untuk kau, dua untuk aku. Okay lawak. Aku dengan syida pulak masa tu, lagi menggila. Sumpah lawak. Tak habis2 kat situ jugak script kitorang. Hadoi pastu penonton semua dah boooooooo kitorang hahahaha.

Wani pun terus menyelamat keadaan dengan ke hulu ke hilir dengan benda BAB 1, 2, 3 tu.
Dan penonton tetap berdegil dan mengatakan ini kepada kami....

"Bosan lahhhh!"
"Lambat gila lahhhhh!"

Tak sempat habiskan babak pun lagi actually, kami terus larikan diri... untuk menyelamatkan diri. Dengan harapan suara kami tidak dikenali oleh sesiapa pun. Okay, malu tahap cipan gabannya la masa tu.

Last-last Syida meroyan macam apa balik dorm time tu.

Lawak lah!

-------

Memories.
Night semuanya!

No comments: