Wednesday, April 24, 2013

Cicak

Cerita semester lepas, semasa masing-masing sibuk belajar, memahami teori baru untuk subject "Electrics Analysis 2" dan buat pertama kalinya aku fokus dalam class tu. Tahniah. Kelas tu memang interesting gila tapi bila benda macam complicated, so.. Kau akan terkhayal sikit lah, confirm.

Time nak khayal2 pergi cuti kat Grand Canyon ke, dapat makan sate ramai-ramai ke, berangan nak honeymoon pantai maldives tu la.. Tiba-tiba kawan yang duduk depan aku, Mas menjerit dengan tidak sengaja.

Aku macam nak tutup muka pun ada jugak masa tu, sebab dia macam pandang ke belakang, ke arah aku untuk lebih spesifik dan menjerit.. Satu kelas memandang ke arah kami ye. Aku terus tanya dia:

"Kenapa weh?"

"Cicak jatuh atas tangan aku doh.. Terkejut kot"

"CICAK?!?!"

"Eh eh eh.. Cicak lalu bawah kaki kau, eh beg kau weh.. Angkat!!!"

Rupa-rupanya, dia memandang ke arah belakang sebab dia dah campak cicak tu ke arah aku. Terbaik lah. Aku memang takut semua jenis serangga or binatang. Tapi aku berjaya tak jerit pada ketika itu tapi kelam kabuts lah macam biasa, nak selamatkan kaki I yang mulus ni dengan beg I tu. Tapi kawan sebelah aku yang menjerit lebih. Aku pasrah, aku hanya mampu berkata dalam hati.. "Hari malang apakah ini?!?!"

Classmates mula bertanya, "kenapa?"

Oh tidak, kali ni aku perlu keluar kelas. Tak boleh jadi ni. Aku pun terus keluar kelas tanpa segan silu, so that tak ganggu classmates lain nak belajar. Hehehehe eh sebenarnya bukan tu motifnya, aku keluar sebab nak gelak habis-habis. Tak tahan.

Hari malang apakah ini? 


No comments: