Monday, April 22, 2013

Sepi seorang perindu

Sekali lagi, aku mimpi arwah ayahku.

Pelik, sebab hanya aku dan baba ada ketika itu. Tak tahu mana pergi semuanya. Aku ingat keadaan masa tu macam kelam kabut gila and semua orang memerlukan pertolongan untuk keluar daripada bangunan tu. Yes, sangat menakutkan. Tapi aku kuat kerana aku sentiasa disisi seorang lelaki yang amat ku sayangi iaitu Baba. Perasaan apabila dilindungi oleh seorang ayah memang tiada tandingannya. Perasaan yang sangat luar biasa apa aku boleh cakap kat sini. Allah, rindunya perasaan tu.

Ada something yang ayahku katakan kat aku pada waktu tu, tapi aku tak berapa nak ingat. Kami lekas mencari jalan untuk keluar daripada bangunan tersebut. Keadaan semakin cemas dan tiba ke klimaks.. Tiba-tiba, aku terus terjaga dari tidur.

Nak aja aku sambung mimpi tu balik, kerana hanya itu saja cara untuk aku melihatnya di depan mata walaupun ia hanyalah mainan tidur atau sebaliknya. Aduh, perasaan rindu ini hanya Allah SWT saja mengerti.

Lagu ini sentiasa mengingatkan aku pada arwah ayahku. Seorang lelaki yang kacak, kuat, tegas, sangat komited dengan kerjanya dan sentiasa memberi kasih sayang hingga ke akhir hayatnya. Baba sajalah yang terindah dan terhebat di dalam hati ini.

Biar apa pun yang memisahkan,

Namun ku tetap menyintaimu,
Selagi hidup belum berakhir,
Selagi itu ku merindumu...

No comments: