Friday, August 16, 2013

Hati ini

Dalam ruang gelap ku cari terangnya.
Dalam ruang kosong ku cari isinya.
Sejenak ku cuba mencari ketenangan,
Kau hadir dalam hidupku..

Kehadiran mu membuatku bangkit dari jatuh,
Seperti kau tahu apa lebih dan kurangnya.
Langkah ku makin laju,
Semangat ku makin tinggi,
Hari ku makin ceria,
Impian ku makin jelas,
Kau berikan ku jalan sehebat ini.

Kau pasti tak percaya
Bagaimana ini semua berubah menjadi satu cinta,
Ingatkan filem cinta itu hanya mainan semata-mata,
Tapi hakikatnya, tiada apa yang mampu ku bandingkan.
Betapa hebatnya hati ini mencintaimu,
Hati ini juga membawa cinta dan cita,
Seperti tiada titik penghujungnya.

Kita baru saja di pangkal jalan,
Masih tidak tahu apa adanya di hujung jalan.
Diuji pelbagai rintangan sepanjang perjalanan,
Tapi tidak pernah berputus asa.
Kita bangkit, kita jatuh.
Kita sendiri lihat rentaknya.

Namun kita tertewas juga.
Terpisah dari ruang dan waktu,
Membuatkan kita kosong dan sepi.
Aku pergi buat seketika
Bukan kerana aku menyerah
Ku pergi kerana ruang dan waktu memisahkan kita
Kau adalah kebahagiaanku,
Bahagiamu mendamaikan hatiku.
Andai aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkanmu
Andai aku memang tercipta untukmu, ku kan memilikimu


Selamat berbahagia.

Haziqah Raihah Hassan

No comments: