Sunday, August 18, 2013

Rindu?

Rindu terlalu subjektif.

Banyak persoalan dan pendapat tentang rindu. Tapi kita tahu perasaan ini sangat hebat. Sampai kita tak tahu macam mana perasaan ini boleh buat kita rasa selesa mahupun tidak selesa. Ada kala kita boleh ucapkan perasaan rindu ini dengan kata-kata. Ada kala kita memang tak mampu atau tiada peluang untuk menghuraikan perasaan ini dengan kata-kata. Langsung. Lagi menyeksakan jiwa raga kita bila rindu tu hanya mampu ditafsirkan dengan tangisan. Siapa saja yang dapat tahu/tengok kita nangis? Itu yang sakit tu.

Selalunya rindu ini hanya melibatkan golongan yang sentiasa bersama kita atau lebih dekat dengan kita macam parents, adik-beradik, family yang rapat, kawan-kawan dan pasangan kita. Yang membezakan mereka, bagaimana perasaan rindu itu tercetus dalam hati melalui pengalaman yang dilaluinya sendiri. Hahaha rindu ni bukan saja-saja je dia datang, mesti ada moment atau sejarah sebelumnya. Tak kisah la benda tu obvious ke tak, biar hati ni je yang tahu..

Tapi aku memang rindu.

Rindu dengan semua yang pernah terjadi dalam hidupku.

Malangnya, aku tak boleh nak ucapkan dengan kata-kata buat masa sekarang ni. Sedih la bila semua benda gone gitu je walhal kita tahu kita saling memerlukan antara satu sama lain cuma ego dalam diri jadi penghalangnya. Aku harap kau mampu berubah, kembali ke pangkal jalan dan buka hatimu dengan ikhlas, seikhlas-ikhlasnya. Hidup ni tak best kalau bermusuh..

Ini pula kisah lain yang melibatkan persahabatan. Ya, tipulah kalau aku tak rindu kau sebagai kawan baik di kala senang ataupun susah. Aku pun tak tahu la kenapa benda ni semua perlu end up macam ni? Adakah aku terlalu takut ataupun kau rasa aku bukan orangnya? Aduh nak cite pasal rindu ni memang takkan habis... Anggap sajalah aku pernah menyinggah dalam hidupmu utk buat kau tersenyum dan tertawa sebagai sahabat di dunia ini. Semoga kau berjaya dalam apa saja yang kau impikan selama ini, sahabat. Selamat maju jaya!


Salam!

No comments: