Sunday, October 20, 2013

Kucing & Sentimental

Apa kaitan kucing dan sentimental ni sebenarnya?

Ye, aku jadi sangat sentimental dengan kehadiran kucing bersama anak-anaknya di dalam rumah ni. Tak tahu la kenapa, aku macam mula rasa sayang dan kesian dengan semua benda yg kucing2 ni buat. Serious tak tipu.

Paling tak tahan bila tengok ibu kucing ni sayang gila kat anak-anaknya. Sedangkan kucing pun tahu apa erti kasih sayang seorang ibu tu. Sebak weh sebak. Bagi ibu-bapa di luar sana tu, sayangilah anak-anak anda. Mereka merupakan anugerah yang terindah diberikan oleh Allah SWT dan anak-anak ini jugalah akan sentiasa menjadi penyeri kehidupan anda. Dan tak dilupakan juga, anak-anak wajib taat akan perintah kedua ibu-bapa sehinggalah hujung hayat mereka. Sementara mereka masih ada di sini, berilah mereka kasih sayang yang setimpal.. Hanya itu mereka inginkan. Jangan menyesal di kemudian hari...

Ha tengok, aduh. Kucing ni memang betul-betul buat aku sentimental.

Aku rasa macam boleh apply semuanya dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT. Semoga segala ibadah kita selama ni diterima oleh Allah SWT dan sentiasa tidak lupa pada Allah SWT, Rasulullah SAW, mak ayah kita dan adik-beradik kita yang tidak putus memberi semangat masa kita sedih ataupun gembira. Dengan izinNya, aku harap aku dapat balas jasa-jasa mak ayah aku. InsyaAllah.

Just cherish your life.

1 comment:

Anonymous said...

Kwn ko nama Liyana tu single ke x?