Monday, October 14, 2013

Peminat drama melayu dah sekarang #eh?

Assalamualaikum pembuka bicara,

Selamat Hari Raya Aidiladha sebagai pembuka kata.

Hello hello hello lamanya tak update blog ni. Rinduuuu gila!!! Hehehe btw aku baru start sem 2 2nd year minggu lepas. Alhamdulillah result sem lepas buat aku lega skit lah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi semangat dan bantuan di saat-saat akhir tu. I really appreciated it.

Ni ha nak habaq hangpa, masa cuti sem haritu, aku santai kat Port Dickson jap. Masa kat hotel tu, aku bukak la tv sebab nak hilangkan bosan. Tiba-tiba, cerita "Love You, Mr Arrogant" ni muncul. Sebelum drama tu, aku tak pernah tau pun apa "cinta jannah" jadah semua tu.. sebab aku memang kurang tgk tv sebenarnya. Hehehehe budak baik kan? :p

Haaaa layan cerita tu sejam cmtu la, aku terus terlekat depan tv. Seriously aku suka jalan cerita dia. Macam best gila. Hehehehehe padahal suka lelaki macamtu sebenarnya. Hahaha ok lah, tak tipu lah. Aku memang suka gila lelaki mcmtu. Lelaki acah-acah belagak ni, acah-acah control macho mcmtu. Ala lama-lama laki tu akan lembut jugak akhirnya. Kena pandai cari jalan jeee.. Haaaa part tu yang aku suka tu.

Since masuk uniten ni, memang takleh nak ikut sangat la episode dia, tapi takpe tonton kan ada? Thanks to tonton kerana memahami penonton seperti aku.

Itu ja gua nak cite.

Poyo lebih kan? Tapi cite ni best gilerrrr!!!

No comments: