Thursday, January 1, 2015

Baba

Baba ialah nama panggilan untuk ayahku, bapaku dan imamku. Hati ini terasa rindu.. terlalu rindu pada kasih seorang bapa. Tatkala dunia menyambut hari tahun baru, aku bersendirian lagi. Terlalu banyak perkara bermain di fikiranku sekarang ni.. Tapi yang paling pedih bila aku teringat pada baba. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. 

Kadang kala aku terasa cemburu bila rakan-rakanku masih dapat melihat ayah mereka di depan mata, berborak dgn ayah mereka dan aku cuma dapat mengingat kembali kenangan 14 tahun bersamanya.. Baba, ika rindu baba sangat-sangat. Rindu sangat ba...  14 tahun bersama baba tu rasa macam cepat sangat. Walaupun baba seorang yang sangat garang dan tegas, namun tu semua tak bagi halangan untuk kitorang rasa kasih sayang yang tiada tandingannya. Ika rindu baba sangat2. Semoga roh baba dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman. Amin.

No comments: