Sunday, March 6, 2016

Hello from the other side

Assalamualaikum semua. Hi bloggers!!!

Here i am again. Dah lama gila (tersangat ni) tak update blog. Entah tetiba hati ni terdetik nak tengok balik blog ni and update it at the same time. So now I'm currently done with my bachelor program in UNITEN after 5 years struggling in engineering, akhirnya berakhir suka duka perjalanan sebagai seorang mahasiswi. Eceh. 22 February haritu menandakan tarikh keramat bagi kami semua sebab THESIS dah hantar! WOOHOOO!


Amik gambar sikit depan COE bulding dengan thesis ni. Muka kena happy beb. 


Untuk masa sekarang ni, aku just tengah relek relek je kat rumah. Nak ganti balik semua tidur yang tak pernah cukup masa kat uni dulu. Haih terasa macam baru habis SPM pulak, sebab takde komitmen. Selalunya, bangun dari tidur je.. Mesti nak siapkan assignment di saat-saat terakhir like always la kan? Hahaha gonna miss all those moments lah after this. Sad but happy punya feeling memang sucks okay. Happy sebab dah habis belajar, sedih sebab dah takde moment dengan kawan-kawan dan lecturers.

And paling sedih, kitorang end up dengan sedikit perselisihan faham antara kawan baik sendiri. Kawan baik sendiri ok. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Benda ni takde salah, takde betul. Sebab semua ni punca dari perangai and niat orang tu sendiri. Tapi bila dilabel sebagai "kawan fake", serba sedikit memberi impak kat aku ni. Yela, mana tak terasa kan sebab selama ni susah senang aku ada dengan dia. Kalau aku tak suka seseorang tu, aku takkan okay dengan dia. You know what I mean right? Aku jenis kalau tak suka, aku blah. Bukan bermuka-muka ni. Tapi dia insist yang aku buat macam tu kat dia which is very not true. Takpelah, itu hak dia nak cakap aku macam mana. Kita tak boleh nak tutup mulut orang kan? Up to you girl, its your choice. Toodles!


Ni lepas check out apartment murni, sesi nak bye-bye and bersedih-sedih la senang cite.

Pelakon-pelakon untuk Projek Sejarah diorang dengan tajuk "Perkahwinan Melayu". Aku jadi isteri Supra (baju pink). Lokasi penggambaran dekat rumah aku sendiri. Hahaha.

Masa ni nak tengok midnight movie kat IOI Putrajaya. Movie apa aku lupa, tapi kenapa kita bertiga je yang ada ha masa ni?

Selepas kenyang makan Nasi Ayam Penyet kat Sungai Merab. Nampak tak muka happy dan mengantuknyaaaaa. Lepastu ada kelas pulak haha

Ni masa IOI Putrajaya macam baru-baru bukak la. Masuk semua kedai, tapi tak beli apa pun. So amik gambar pun jadi la kan?

Hahahaha. Ok semua gadis kat sini kecuali aku peminat chocolates. Katanya, chocolates boleh hilangkan stress. Aku takde minat sangat, ni masa kami berjinak-jinak pergi Bangsar hanya untuk makan chocolates. Oh my god sanggup ok.

Oh gambar ni sangat legend. Masa ni rina sakit. Pada mulanya dia cakap dia sakit perut sebab period. Kitorang ingatkan macam period pain or food poisoning ke apa. Tepat pukul 4.30 pagi, dia mengadu sakit yang teramat sangat. Masatu, aku tak tidur lagi sebab buat capstone jahanam tu. Kami pun bertungkus lumus siapkan barang dia and terus shoot ke Hospital Putrajaya. Doctor cakap dia ada masalah pundi kencing, tapi bila dia makan ubat.. Sakitnya tak baik pun. Kali kedua datang Hospital Putrajaya, baru tahu yang sebenarnya dia kena appendics. Terus kena operate esok harinya. Haih nasib baik la detect awal rin oi.

Lepas Rina habis operation, kami pun datang lah jenguk dia. Pergh condition dia masa tu sangat lemah and aku tak sanggup tengok. Sakit sangat. Mujur takde apa-apa effect lepastu.

Aku dan wani dekat Cameron Highlands. Trip gila aku panggil sebab tak plan apa-apa pun masa ni. Cuma time tu kitorang bosan gila, stress pun satu hal la.. Then kitorang decide untuk pergi ke tanah tinggi untuk melihat keindahan alam.. Memang release tension la!

Sesi bergambar lagi dengan mereka di kebun teh. hahaha best gila, sejuk je.

Hahaha rin photographer of the day! Abaikan muka aku tu.

So girls, thanks for the memories we've been through together for this 5 years. Aku tak boleh nak balas apa-apa dengan jasa-jasa yang pernah korang bagi kat aku. Aku cuma berterima kasih kepada Allah SWT sebab dapat berkenalan dan berkawan dengan korang semua. Korang banyak ajar aku tentang agama dan perangai manusia sekarang ni. Hahaha. Aku sangat belajar erti "persahabatan" dengan korang sebab senang susah aku boleh refer korang je. thanks weh. Aku sayang korang semua. Aku tahu lepasni kita tak akan serapat macam dulu. Dulu boleh la, pagi-pagi bangun ajak aku pergi lunch sebab lapar nak mati. Pastu petang pergi pekena goreng pisang. Malamnya pulak kita pergi karok or wayang untuk bergembira. Tapi tu semua dulu, masa kita students. Now, kita dah ada tanggungjawab masing-masing yang harus kita pikul... Banyak weh kena belajar lagi. Tapi aku nak korang tahu aku sayang korang. Aku ikhlas berkawan dengan korang. And jaga diri elok-elok terumatanya Rina di Johor dan Wani di Penang (sebab korang jauh gileeee oi). Semoga kita bertemu kembali. 

Terima Kasih.

No comments: