Monday, June 20, 2016

Ramadhan 2016

Assalamualaikum blog.

Aku sangat bersyukur kerana diberi peluang dari segi kesihatan dan masa untuk bertemu bulan paling mulia, bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggukan oleh semua umat Islam di dunia ni. Sudah 14 hari kita berpuasa, kejap je kan? Lagi dua minggu lebih je kita dapat grab peluang keemasan ini. So, kita pulun habis-habisan bulan ni ye.. Hehe.

Apa beza ramadhan kali ini ialah aku menyambutnya di rumah. Selalunya, before this hari minggu puasa dekat UNITEN, dengan member-member. Berpuasa dengan belajar, assignment and exam. Tapi, kalini aku lebih relax sikit lah.. And I'm still jobless HAHAHA. Dah 2 kerja aku tolak. Entah kenapa aku macam takde mood nak kerja lagi.. Dulu aku rasa aku loser sebab tak kerja2, kawan2 lain semua dah berbulan kerja. Hahaha. I don't know. Maybe sebab aku tahu aku akan jadi super duper busy with work. Aku tahu aku macam dah terlebih masa untuk berehat but still MALAS GILA DOOOO!

Well, aku rindu nak sambut ramadhan dengan member uniten. Hahaha selalunya kitorang akan busy dgn kelas di pagi hari and then petang akan sibuk dgn project or lab session. Lepastu, baru lah cari makan nak berbuka. Lokasi wajib kitorang mestilah bazar ramadhan Putrajaya. Tapi serious kat situ semuanya ada. Apa yang aku beli selama ni tak pernah mengecewakan. Dorang ikhlas berniaga, tu yang aku suka spend masa and duit ke bazar Putrajaya.

So.. Aku harap ibadah kita di bulan Ramadhan ni diterima and never give up on life. 

No comments: